Contest Review Lynk.my 2015

Nak Join contest lah….

Berani ke ko nak join contest Review Lynk.my ini yang meletup untuk tahun 2015 ini, hadiah pun meletup RM 4000 wow…

Mampu ke ko En Keladi!!!

Tengok hadiah ni

TOP lynkUNDI
Tempat Pertama – RM500
Tempat Kedua – RM300
Tempat Ketiga – RM100
TOP SEO
Tempat Pertama – RM500
Tempat Kedua – RM300
Tempat Ketiga – RM100
TOP CREATIVE
Tempat Pertama – RM1000
Tempat Kedua – RM500
Tempat Ketiga – RM200
Contest Review Lynk.my 2015
Memang hadiah nya meletup ko, gempak sangat jika dapat ko, mampu ke ko nak sertai, bukan setakat blogger-blogger picisan je yang join, otai2 blogger pown join contest review Lynk.my 2015 ini.
Jadi Mampu ke ko nak menang ada peluang ke?
Menang ke kalah ke, bukan perkara pokok tapi penyertaan tu yang penting, mampu ke tidak yang pasti penyertaan ko telah dihantar ke contest@lynk.my…. dan dah dapat pun ID contest, jadi tak payah nak ngada-ngada untuk hantar banyak-banyak penyertaan cuma 1 sahaja penyertaan ya.
Apa-apa pun korang-korang yang menyertai contest ini, semoga berjaya ya, yang tak berjaya macam encik keladi ini…terus sentiasa ingat Lynk.my dan jadikan ini sebagai pengukur semangat untuk terus berjaya di arena blog ini.

Jutawan Akhirat

Jutawan dunia vs Jutawan akhirat

download (22)

Sumber internet : Insan lebih baik adalah insan yang tidak pernah lupa kepada Al-quran dan As-sunnah,

Hanya sekadar blog picisan daripada encik keladi yang merungkai topik jutawan akhirat. Maksud jutawan pada pandangan orang ramai adalah mempunyai wang yang banyak, banyak tu tak boleh dinilaikan berapa jumlahnya. Tetapi zaman sekarang ini jika kita mempunyai RM 1 juta, bolehkah dikatakan “anda adalah seorang jutawan“.

Entahlah, inflasi…oh…inflasi

Jika kita mengajar jutawan dunia, rasanya sampai ke sudah tidak berasa diri ini adalah jutawan, biarlah ia hanya sebagai keperluan didalam hidup dan yang perlu kita kejar sebenarnya adalah Jutawan Akhirat,

Tapi, Bagaimana?

Wahai tuan tanah yang arif dan bijaksana, bagaimana untuk kita menjadi seorang yang dikatakan Jutawan Akhirat?

  • Ilmu
  • Umur
  • Masa

Tiga perkara ke?

Ini hanya sekadar pandangan dan pendapat encik keladi, tidak kiralah samaada anda terima ataupun tidak yang penting perlu jadi jutawan di akhirat nanti.

Ilmu

Jika kita mempunyai ilmu, pasti mudah untuk kita menjadi jutawan di akhirat kelak, sebab dengan ilmu mampu membimbing kita kearah yang lebih baik, tapi jangan tersalah menuntu ilmu, mugkin dengan ilmu juga boleh membawa kita muflis di akhirat.  ( Jadi fikirkan lah ya )

Umur

Umur manusia semakin meningkat, tetapi jika kita masih belum beringat, mugkin impian untuk menjadi jutawan semakin menipis, contohnya, jika usia kita Muda, dan sentiasa bersedia dengan memperbanyakkan amalan yang baik, Jutawan Akhirat mugkin milik kita, pastikan sentiasa istiqamah pada jalan yang diredhai Allah.

Masa

Masa sentiasa mengejar manusia, tapi kadang-kala kita akan melupai masa yang berlalu begitu sahaja, jadi sentiasa mengisi masa yang dihabiskan dengan perkara yang terbaik, supaya menjadi jutawan di akhirat.

Sekadar pandangan dan pendapat, tapi ustaz kata, amal jariah melalui SEDEKAH juga mampu membawa kita juga menjadi JUTAWAN AKHIRAT.

Ikhlas

Keladi Blogger

www.keladionline.com

Apa sebenarnya kekayaan

Apa sebenarnya kekayaan ?

  • Kekayaan dengan budi bahasa
  • Kekayaan dengan pangkat dan harta
  • Kekayaan dengan budi perketi seorang insan
  • Kekayaan daya kreativiti dan pemikiran
  • Kekayaan dengan sumber alam

TAPI, jika kita ada harta dan wang yang berjuta mugkin dikira kaya sekarang ini, betul ke ??

KELADI BLOGGER : Insan yang bergelar jutawan pada masakini, pasti akan dipandang oleh masyarakat,

ORANG KAYA, dia tu berduit, buat baik dengan dengan dia, boleh tumpang senang!”, Tapi budi pekerti dia buruk lah sombong,tak bertegur sapa..

ORANG TAK BERAPA KAYA, KO siapa, banyak cakap…ada duit ke nak beli, jangan nak mengada-gada datang sini!’, Tapi OTBK pun berkata, Maaf encik, saya tersalah masuk kedai, salam sejahtera terima kasih…

OK vs OTBK

Apa yang engkau nak melalut tu wahai Encik Keladi !”

“Tak.. ini cerita pasal erti sebenarnya kekayaan,”

Bagi pendapat dan pandangan encik keladi, memang benar jika apabila orang kata kekayaan, minda kita secara automatik tergambar berkaitan duit dan hartanah, tapi bagaimana pula mereka yang memandu lamborghini aventador”, Bolehkah dikatakan dia itu kaya?, encik keladi, itu istilah kekayaan untuk harta benda, kekayaan ini sangat luas, ertinya, permulaan artikel ini pun sudah kata ” Kekayaan dengan budi bahasa” @ “Kaya Budi Bahasa”,

Jadi sendiri mahu inggatlah..

Entahlah encik keladi yang tak berharta ini masih mampu mengatakan “Gua hanya kaya dengan kata-kata dan idea yang tidak pernah berjaya.

Motif !!!,

Hanya sekadar penulisan blog picisan daripada encik keladi.

download (21)

Sumber Internet : Kekayaan mempunyai pengertian yang sangat luas

Jom berkunjung juga ke blog saya di www.mrkeladi.blogspot.my

Ada ke cara mudah untuk tambah pendapatan

Sekarang ini rata-rata kita bercakap pasal menambah pendapatan melalui medium online,

Medium online, apa kelebihannya dalam menambah pendapatan

  • Memudahkan dalam promosi
  • Memudahkan mendapat target customer.
  • Memudahkan dalam urusan jual beli
  • Memudahkan dalam memasarkan produk dengan lebih luas

 

Jadi ada ke cara lagi mudah untuk menambah pendapatan  dengan menggunakan platform alam maya ini.

ada…

Jika ada kemahuan di situ pasti ada cara, encik keladi cuma merungkaikan topik ini, pastinya si netizen di alam maya sudah pun tahu, bagaimana untuk menambah pendapatan menggunakan medium online. Banyak cara dan kemudahan yang ada di alam maya, tapi sejauhmana pengetahuan dan kemahiran kita dalam mengaplikasikan kesemua teknologi tersebut untuk menambah pendapatan hanya diri sendiri yang perlu menjawabnya.

Jadi mudah ke dalam mencari pendapatan menggunakan medium online

Wahai encik keladi jangan ko berpusing-pusing bertanyakan soalan yang sama.

Pokoknya..

Adakah engkau telah berjaya dalam menghasilkan pendapatan menggunakan blog?

( Soalan cepuk gangsa nampak…macam nak kena penumbuk..)

Soalan tu gua tak boleh menjawabnya selagi kemampuan gua berblog belum terserlah, baru seperti anak-anak yang baru ingin belajar berjalan, jadi tidak perlu cakap banyak jom ke MESRA KELADI, ada apa pada belog tersebut, koranglah yang menilainya. Terima Kasih daun keladi.

Jadi,

Ada ke cara mudah untuk menambah pendapatan ?

  1. Gunakan sepenuhnya bakat dan kemahiran yang kita ada, tidak kiralah kita pandai memasak ke, pandai kraft tangan ke, yang pasti, bakat dan kemahiran jangan dipersia-siakan.
  2. Menggunakan peluang yang ada di depan mata, ( tak faham lah encik keladi ), contohnya, jika ada barang-barang yang tidak digunakan, cuba berniaga secara online, buat website dan cuba pasarkan produk kita, kot2 ada yang berminat…
  3. Melalui penulisan, yang ini mugkin kita sudah pun melakukannya, YA, jika kita rajin mengupdate blog, maka tidak mustahil boleh menjual hasil karya kita di medium online yang lain, tapi perlukan kesabaran dan ilmu ya kawan-kawan,
  4. Melalui soal jawab kajian yang ada di serata dunia, wahh mampu ke korang, jika ada kemahuan bukan ke segala halangan boleh ditempuhi. Cara ini perlu guna teknik dan platform yang betul, mugkin ia perlukan masa yang lebih untuk kita mencari pendapatan daripada hasil soal jawab kajian di internet ini.
  5. Menjadi agen AFFILIATE produk, yang ini saya masih gagal, sungguhpun , banyak produk-produk yang boleh dipilih dalam menjadi agen affiliate. Masing-masing punya cara, ada yang berjaya dan ada yang tersungkur…( Macam terasa pulak encik keladi), Tapi jika korang rasa mampu dan ada teknik, mesti ada peluang dan rezekinya nanti.
  6. DROPSHIP produk ?, kenapa tidak mengambil peluang dalam memasarkan produk orang lain dengan menyertai dropshiper, mugkin sekarang ini, banyak pembakal telah mengenakan caj dan harga yang berpatutan sebelum dijualkan kepada pelanggan kita. Jadi jangan lepaskan peluang jika kita benar-benar bersungguh dalam mencari rezeki tambahan.
  7. Mengambil upah untuk ‘mengupdate’ blog ataupun menyiapkan kerja-kerja berbentuk pengkeranian, cara ini memang mudah, perlu kerajianan kita untuk mempromosi khidmat service tersebut di laman sosial, mugkin ada yang berminat dengan hasil kerja kita nanti, tak rugi rasanya.

Ini adalah sebahagian perkongsian saya berkaitan ” Ada ke cara mudah untuk menambah pendapatan dan cara tersebut pokok pangkalnya adalah dengan menggunakan medium online,

Jom lawat ke blog en keladi juga di www.keladionline.com, korang boleh mengetahui potansi yang ada pada blog.. ( Hidup sebagai blogger picisan )

 

Nasihat daripada Tok Keladi kepada encik keladi,

Jangan mempersiakan usia muda mu…upss salah Jangan mempersiakan peluang yang ada di depan mata, jika kamu gagal dalam mencapai apa yang diinginkan perlu lebihkan mencari ilmu dan mugkin kegagalan tersebut hanya sebagai asam garam yang perlu ada dalam Kejayaan yang di inginkan

Pendapatan sampingan

Wahai rakan-rakan ku, korang rasa cukupkah gaji korang hidup di kota metropolitan ini, macam-macam nak kena bayar, diorang kata cubalah berjimat sikit…kot2 boleh simpan banyak duit..

Ayioo…barang mahal maa, mana mau gua simpan..dengan gst lah..apa lah…itu lah..ini lah..entah apa lagi aku melalut nanti..bosankan baca aku punya penulisan ni..

Saja bosan-bosan ini, en keladi nak berkongsi cara untuk menambah pendapatan..perlu oo..jangan malu tau, jika ikut cara en keladi, yang telah dibuat adalah menjual barang-barang terpakai..korang rasa berbaloi ke cara en keladi tu?.

Kenapa saya bertindak sedemikian?

Sebabnya encik keladi tidak mempunyai

  • Bakat dalam menyayi, jika ada sudah cari duit untuk artis jemputan majlis kenduri kahwin..jika korang bersuara sedap boleh lah mencuba.
  •  Bakat dalam mengacara ataupun juruhebah juga boleh dilakukan secara sambilan, banyak majlis-majlis memerlukan mc untuk mengatur acara mereka dengan lebih baik..jika korang ada bakat apa salahnya.
  • Bakat dalam mengambil gambar, ohh yang ini encik keladi suka..berselfi..tapi kali ini mengambil upah orang punya majlis dan kita sebagai juru kamera..korang mampu ?? Tapi mesti ada kamera yang canggih sikit, bukannya korang pakai android jer.
  • Bakat dalam lakonan, wow kot2 boleh menjadi popular macam Maya Karin, mula2 je korang jadi pak pacak..lama kelamaan jika ada peluang..manalah tau kan.
  • Bakat dalam modelling, yang ini gua kurang sado cuma sadi jer..bagi korang2 yang rupawan dan jelitawan pergi cuba..jangan tersalah dan tertipu dengan agensi sudah, sang buaya ramai diluar sana tu.
  • Tetapi, en keladi boleh buat duit sampingan dengan cara
  1. Berniaga secara cara sambilan, tidak kira secara online ataupun offline.
  2. Ambil upah memasak, jika tidak pandai belajar lah bang oii.
  3. Buat bisnes percetakan atau pun grafik..bidang ini bukan semata-mata perlu bakat tetapi jika rajin dan sanggup belajar tiada istilah gagal.
  4. Buat partime di restoran makanan segera..yang ini memang nampak macam penat..tapi memang penat pun.
  5. Buat blog dan cari iklan-iklan yang sudi menaja, tapi blog kita tu perlu tinggi jumlah trafiknya tau..yang ini sedang dilakukan..encik keladi cuma berangan-anggan je,
  6. Mengambil upah menulis, dan yang ini korang mesti bijak dan tahu perkembangan semasa, jika korang ilmu penuh di dade lebih baik..bila menulis tu penuh dengan fakta..bukan auta..maka banyak lah..income masuk nanti.
  7. Belajar kraft tangan, dan yang ini perlu bakat dan kemahiran, jadi sanggup ke encik keladi mengambil masa untuk belajarnya tu.
  8. Mengajar sesuatu yang kita mahir…apa ya…yang mahir padaku ini
  9. Buat overtime ditempat kerja..jika rajin tanya2 lah kat boss tu..kot2 ada kerja yang masih tergendala dan perlukan masa untuk disiapkan…
  10. Mencari ilmu…yang ini sangat penting…jika kita banyak ilmu..lagi mudah untuk mencari pendapatan sampingan..

Mampu ke ko??

img20151122142920

Pendapatan sampingan melalui penulisan blog perlu difikirkan jika kita tahu potensinya

Korang semua… sebenarnya banyak lagi cara untuk kita tambahkan pendapatan dikala ekonomi tak mengizinkan untuk kita hidup mewah..wahh class gitu, maksud en keladi, bukan lah mewah sangat tapi biar hidup selesa tapi tak mustahil jika kita boleh servive dikala ekonomi tak berapa nak baik ini …yang penting perlu rajin..dan jangan kerana….GST (GAWAT SUSAH TIDUR)…..

korang pun  jadi keyboard warrior…habis pak menteri di salahkannya..

Jadi…ukur baju di badan sendirilah ya

JOm..ke..www.keladionline.com

Bagaimana menentukan kehidupan

images (28)

Sumber internet : kehidupan adalah lautan, siapa yang dapat menyelamatkan diri daripada lemas, dia lah yang berjaya

Realiti kehidupan amat payah, kadang-kadang seronok, kadang-kadang sedih, bagaimana untuk mendapat sepenuhnya yang terbaik dalam hidup ini? apa yang perlu dilakukan..

 

haik kenapa teruk sangat en keladi oii….bangun lah wahai en keladi, ini blog ya, bukan tempat meluah perasaan, post yang pertama untuk blog di wordpress.

 

Bagaimana menentukan kehidupan?

sebelum ini encik keladi ada blog tapi menggunakan blogger, jom lihat kejap

 

korang rasa bagaimana kehidupan ini ya, mugkin orang miskin akan kata, duit adalah yang paling penting dalam kehidupan, dan orang kaya pula akan kata kebahagian adalah kehidupan.

tapi

Bagaimana menentukan kehidupan, adakah

  1. PERLU MENCARI DUIT SEBANYAK MUNGKIN
  2. PERLU PERANCANGAN YANG BETUL
  3. PERLU MENCARI ILMU
  4. PERLU BERKAWAN DENGAN ORANG YANG HEBAT
  5. PERLU BERKAHWIN DENGAN ORANG YANG HEBAT

Itu semua poyo…wahai en keladi kenapa lemah sangat dalam menulis blog ini, bagaimanalah mereka hendak menerima hasil penulisan en keladi ini…

( Saya masih budak baru belajar, jika salah tolong tunjukkan )

so,

Bagaimana menentukan kehidupan,

  • kehidupan adalah takdir
  • kehidupan perlu di rancang
  • kehidupan perlu matlamat

yang penting sebagai manusia dan beragama islam, bagaimana untuk menentukan kehidupan adalah Al-quran sebagai panduan dan As sunnah sebagai ikutan.

 

Salam perkenalan

DUNIA BLOG : Mugkin En keladi agak ketinggalan dalam dunia blog, sebenarnya banyak kebaikan dan kelebihan bagi mereka yang gemar berblog, “ohh ye ke?”. Apa yang menarik tentang blog ini?, hanya ikut selera sendiri, jawapannya ada pada mereka yang minat berblog.

Keladi Blogger, bukan untuk menjadi popular dan bukan untuk berasa gembira dengan hasil kejayaan menulis blog, Tapi ada ke yang sudi membaca, jika ada terima kasih diucapkan dan

pastinya

Salam perkenalan daripada saya kepada anda semua

Daripada

Encik Keladi

rindu3

Sumber : Internet , hanya sekadar hiasan gambar