Ada ke cara mudah untuk tambah pendapatan

Sekarang ini rata-rata kita bercakap pasal menambah pendapatan melalui medium online,

Medium online, apa kelebihannya dalam menambah pendapatan

  • Memudahkan dalam promosi
  • Memudahkan mendapat target customer.
  • Memudahkan dalam urusan jual beli
  • Memudahkan dalam memasarkan produk dengan lebih luas

 

Jadi ada ke cara lagi mudah untuk menambah pendapatan  dengan menggunakan platform alam maya ini.

ada…

Jika ada kemahuan di situ pasti ada cara, encik keladi cuma merungkaikan topik ini, pastinya si netizen di alam maya sudah pun tahu, bagaimana untuk menambah pendapatan menggunakan medium online. Banyak cara dan kemudahan yang ada di alam maya, tapi sejauhmana pengetahuan dan kemahiran kita dalam mengaplikasikan kesemua teknologi tersebut untuk menambah pendapatan hanya diri sendiri yang perlu menjawabnya.

Jadi mudah ke dalam mencari pendapatan menggunakan medium online

Wahai encik keladi jangan ko berpusing-pusing bertanyakan soalan yang sama.

Pokoknya..

Adakah engkau telah berjaya dalam menghasilkan pendapatan menggunakan blog?

( Soalan cepuk gangsa nampak…macam nak kena penumbuk..)

Soalan tu gua tak boleh menjawabnya selagi kemampuan gua berblog belum terserlah, baru seperti anak-anak yang baru ingin belajar berjalan, jadi tidak perlu cakap banyak jom ke MESRA KELADI, ada apa pada belog tersebut, koranglah yang menilainya. Terima Kasih daun keladi.

Jadi,

Ada ke cara mudah untuk menambah pendapatan ?

  1. Gunakan sepenuhnya bakat dan kemahiran yang kita ada, tidak kiralah kita pandai memasak ke, pandai kraft tangan ke, yang pasti, bakat dan kemahiran jangan dipersia-siakan.
  2. Menggunakan peluang yang ada di depan mata, ( tak faham lah encik keladi ), contohnya, jika ada barang-barang yang tidak digunakan, cuba berniaga secara online, buat website dan cuba pasarkan produk kita, kot2 ada yang berminat…
  3. Melalui penulisan, yang ini mugkin kita sudah pun melakukannya, YA, jika kita rajin mengupdate blog, maka tidak mustahil boleh menjual hasil karya kita di medium online yang lain, tapi perlukan kesabaran dan ilmu ya kawan-kawan,
  4. Melalui soal jawab kajian yang ada di serata dunia, wahh mampu ke korang, jika ada kemahuan bukan ke segala halangan boleh ditempuhi. Cara ini perlu guna teknik dan platform yang betul, mugkin ia perlukan masa yang lebih untuk kita mencari pendapatan daripada hasil soal jawab kajian di internet ini.
  5. Menjadi agen AFFILIATE produk, yang ini saya masih gagal, sungguhpun , banyak produk-produk yang boleh dipilih dalam menjadi agen affiliate. Masing-masing punya cara, ada yang berjaya dan ada yang tersungkur…( Macam terasa pulak encik keladi), Tapi jika korang rasa mampu dan ada teknik, mesti ada peluang dan rezekinya nanti.
  6. DROPSHIP produk ?, kenapa tidak mengambil peluang dalam memasarkan produk orang lain dengan menyertai dropshiper, mugkin sekarang ini, banyak pembakal telah mengenakan caj dan harga yang berpatutan sebelum dijualkan kepada pelanggan kita. Jadi jangan lepaskan peluang jika kita benar-benar bersungguh dalam mencari rezeki tambahan.
  7. Mengambil upah untuk ‘mengupdate’ blog ataupun menyiapkan kerja-kerja berbentuk pengkeranian, cara ini memang mudah, perlu kerajianan kita untuk mempromosi khidmat service tersebut di laman sosial, mugkin ada yang berminat dengan hasil kerja kita nanti, tak rugi rasanya.

Ini adalah sebahagian perkongsian saya berkaitan ” Ada ke cara mudah untuk menambah pendapatan dan cara tersebut pokok pangkalnya adalah dengan menggunakan medium online,

Jom lawat ke blog en keladi juga di www.keladionline.com, korang boleh mengetahui potansi yang ada pada blog.. ( Hidup sebagai blogger picisan )

 

Nasihat daripada Tok Keladi kepada encik keladi,

Jangan mempersiakan usia muda mu…upss salah Jangan mempersiakan peluang yang ada di depan mata, jika kamu gagal dalam mencapai apa yang diinginkan perlu lebihkan mencari ilmu dan mugkin kegagalan tersebut hanya sebagai asam garam yang perlu ada dalam Kejayaan yang di inginkan

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s