Jutawan Akhirat

Jutawan dunia vs Jutawan akhirat

download (22)

Sumber internet : Insan lebih baik adalah insan yang tidak pernah lupa kepada Al-quran dan As-sunnah,

Hanya sekadar blog picisan daripada encik keladi yang merungkai topik jutawan akhirat. Maksud jutawan pada pandangan orang ramai adalah mempunyai wang yang banyak, banyak tu tak boleh dinilaikan berapa jumlahnya. Tetapi zaman sekarang ini jika kita mempunyai RM 1 juta, bolehkah dikatakan “anda adalah seorang jutawan“.

Entahlah, inflasi…oh…inflasi

Jika kita mengajar jutawan dunia, rasanya sampai ke sudah tidak berasa diri ini adalah jutawan, biarlah ia hanya sebagai keperluan didalam hidup dan yang perlu kita kejar sebenarnya adalah Jutawan Akhirat,

Tapi, Bagaimana?

Wahai tuan tanah yang arif dan bijaksana, bagaimana untuk kita menjadi seorang yang dikatakan Jutawan Akhirat?

  • Ilmu
  • Umur
  • Masa

Tiga perkara ke?

Ini hanya sekadar pandangan dan pendapat encik keladi, tidak kiralah samaada anda terima ataupun tidak yang penting perlu jadi jutawan di akhirat nanti.

Ilmu

Jika kita mempunyai ilmu, pasti mudah untuk kita menjadi jutawan di akhirat kelak, sebab dengan ilmu mampu membimbing kita kearah yang lebih baik, tapi jangan tersalah menuntu ilmu, mugkin dengan ilmu juga boleh membawa kita muflis di akhirat.  ( Jadi fikirkan lah ya )

Umur

Umur manusia semakin meningkat, tetapi jika kita masih belum beringat, mugkin impian untuk menjadi jutawan semakin menipis, contohnya, jika usia kita Muda, dan sentiasa bersedia dengan memperbanyakkan amalan yang baik, Jutawan Akhirat mugkin milik kita, pastikan sentiasa istiqamah pada jalan yang diredhai Allah.

Masa

Masa sentiasa mengejar manusia, tapi kadang-kala kita akan melupai masa yang berlalu begitu sahaja, jadi sentiasa mengisi masa yang dihabiskan dengan perkara yang terbaik, supaya menjadi jutawan di akhirat.

Sekadar pandangan dan pendapat, tapi ustaz kata, amal jariah melalui SEDEKAH juga mampu membawa kita juga menjadi JUTAWAN AKHIRAT.

Ikhlas

Keladi Blogger

www.keladionline.com

Apa sebenarnya kekayaan

Apa sebenarnya kekayaan ?

  • Kekayaan dengan budi bahasa
  • Kekayaan dengan pangkat dan harta
  • Kekayaan dengan budi perketi seorang insan
  • Kekayaan daya kreativiti dan pemikiran
  • Kekayaan dengan sumber alam

TAPI, jika kita ada harta dan wang yang berjuta mugkin dikira kaya sekarang ini, betul ke ??

KELADI BLOGGER : Insan yang bergelar jutawan pada masakini, pasti akan dipandang oleh masyarakat,

ORANG KAYA, dia tu berduit, buat baik dengan dengan dia, boleh tumpang senang!”, Tapi budi pekerti dia buruk lah sombong,tak bertegur sapa..

ORANG TAK BERAPA KAYA, KO siapa, banyak cakap…ada duit ke nak beli, jangan nak mengada-gada datang sini!’, Tapi OTBK pun berkata, Maaf encik, saya tersalah masuk kedai, salam sejahtera terima kasih…

OK vs OTBK

Apa yang engkau nak melalut tu wahai Encik Keladi !”

“Tak.. ini cerita pasal erti sebenarnya kekayaan,”

Bagi pendapat dan pandangan encik keladi, memang benar jika apabila orang kata kekayaan, minda kita secara automatik tergambar berkaitan duit dan hartanah, tapi bagaimana pula mereka yang memandu lamborghini aventador”, Bolehkah dikatakan dia itu kaya?, encik keladi, itu istilah kekayaan untuk harta benda, kekayaan ini sangat luas, ertinya, permulaan artikel ini pun sudah kata ” Kekayaan dengan budi bahasa” @ “Kaya Budi Bahasa”,

Jadi sendiri mahu inggatlah..

Entahlah encik keladi yang tak berharta ini masih mampu mengatakan “Gua hanya kaya dengan kata-kata dan idea yang tidak pernah berjaya.

Motif !!!,

Hanya sekadar penulisan blog picisan daripada encik keladi.

download (21)

Sumber Internet : Kekayaan mempunyai pengertian yang sangat luas

Jom berkunjung juga ke blog saya di www.mrkeladi.blogspot.my