Pendapatan sampingan

Wahai rakan-rakan ku, korang rasa cukupkah gaji korang hidup di kota metropolitan ini, macam-macam nak kena bayar, diorang kata cubalah berjimat sikit…kot2 boleh simpan banyak duit..

Ayioo…barang mahal maa, mana mau gua simpan..dengan gst lah..apa lah…itu lah..ini lah..entah apa lagi aku melalut nanti..bosankan baca aku punya penulisan ni..

Saja bosan-bosan ini, en keladi nak berkongsi cara untuk menambah pendapatan..perlu oo..jangan malu tau, jika ikut cara en keladi, yang telah dibuat adalah menjual barang-barang terpakai..korang rasa berbaloi ke cara en keladi tu?.

Kenapa saya bertindak sedemikian?

Sebabnya encik keladi tidak mempunyai

  • Bakat dalam menyayi, jika ada sudah cari duit untuk artis jemputan majlis kenduri kahwin..jika korang bersuara sedap boleh lah mencuba.
  • ┬áBakat dalam mengacara ataupun juruhebah juga boleh dilakukan secara sambilan, banyak majlis-majlis memerlukan mc untuk mengatur acara mereka dengan lebih baik..jika korang ada bakat apa salahnya.
  • Bakat dalam mengambil gambar, ohh yang ini encik keladi suka..berselfi..tapi kali ini mengambil upah orang punya majlis dan kita sebagai juru kamera..korang mampu ?? Tapi mesti ada kamera yang canggih sikit, bukannya korang pakai android jer.
  • Bakat dalam lakonan, wow kot2 boleh menjadi popular macam Maya Karin, mula2 je korang jadi pak pacak..lama kelamaan jika ada peluang..manalah tau kan.
  • Bakat dalam modelling, yang ini gua kurang sado cuma sadi jer..bagi korang2 yang rupawan dan jelitawan pergi cuba..jangan tersalah dan tertipu dengan agensi sudah, sang buaya ramai diluar sana tu.
  • Tetapi, en keladi boleh buat duit sampingan dengan cara
  1. Berniaga secara cara sambilan, tidak kira secara online ataupun offline.
  2. Ambil upah memasak, jika tidak pandai belajar lah bang oii.
  3. Buat bisnes percetakan atau pun grafik..bidang ini bukan semata-mata perlu bakat tetapi jika rajin dan sanggup belajar tiada istilah gagal.
  4. Buat partime di restoran makanan segera..yang ini memang nampak macam penat..tapi memang penat pun.
  5. Buat blog dan cari iklan-iklan yang sudi menaja, tapi blog kita tu perlu tinggi jumlah trafiknya tau..yang ini sedang dilakukan..encik keladi cuma berangan-anggan je,
  6. Mengambil upah menulis, dan yang ini korang mesti bijak dan tahu perkembangan semasa, jika korang ilmu penuh di dade lebih baik..bila menulis tu penuh dengan fakta..bukan auta..maka banyak lah..income masuk nanti.
  7. Belajar kraft tangan, dan yang ini perlu bakat dan kemahiran, jadi sanggup ke encik keladi mengambil masa untuk belajarnya tu.
  8. Mengajar sesuatu yang kita mahir…apa ya…yang mahir padaku ini
  9. Buat overtime ditempat kerja..jika rajin tanya2 lah kat boss tu..kot2 ada kerja yang masih tergendala dan perlukan masa untuk disiapkan…
  10. Mencari ilmu…yang ini sangat penting…jika kita banyak ilmu..lagi mudah untuk mencari pendapatan sampingan..

Mampu ke ko??

img20151122142920

Pendapatan sampingan melalui penulisan blog perlu difikirkan jika kita tahu potensinya

Korang semua… sebenarnya banyak lagi cara untuk kita tambahkan pendapatan dikala ekonomi tak mengizinkan untuk kita hidup mewah..wahh class gitu, maksud en keladi, bukan lah mewah sangat tapi biar hidup selesa tapi tak mustahil jika kita boleh servive dikala ekonomi tak berapa nak baik ini …yang penting perlu rajin..dan jangan kerana….GST (GAWAT SUSAH TIDUR)…..

korang pun ┬ájadi keyboard warrior…habis pak menteri di salahkannya..

Jadi…ukur baju di badan sendirilah ya

JOm..ke..www.keladionline.com

Advertisements